• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Sokong Biro Tatanegara Ditutup

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong cadangan supaya Biro Tatanegara (BTN) ditutup kerana ia dilihat sudah lari daripada landasan sebenar penubuhannya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata asas penubuhan BTN itu yang pada awalnya untuk meningkatkan semangat patriotisme, dimanipulasi untuk kepentingan politik.

“Saya lihat ia medium memperkukuhkan satu parti politik dengan menghasut satu kaum agar membenci kaum lain dan matlamat asalnya dah hilang sebab itu saya rasa BTN tidak diperlukan lagi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembahagian Makanan Berbuka Puasa beberapa kelab motosikal berkuasa tinggi kepada anggota polis trafik serta gelandangan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Muar itu mengulas cadangan anggota Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya BTN ditutup.

Nik Nazmi menyifatkan biro itu sebagai “sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara” dan masih beroperasi dalam “kerangka Perang Dingin” sedangkan dunia sudah berubah.

Syed Saddiq berkata patriotisme dan aspek kemasyarakatan dalam kalangan golongan belia boleh diterap melalui sistem pendidikan negara yang dilihat jauh lebih baik dan efisyen. – BERNAMA

Tags: BTNSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd