• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rampasan Kuasa: 104 Dipenjara Seumur Hidup

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Mahkamah Turki, hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada 104 orang kerana terbabit dalam rampasan kuasa tentera yang gagal pada 2016, lapor akhbar Hurriyet.

Ia adalah antara hukuman paling berat diberikan sejak kejadian itu.

Mahkamah di bandar Aegean di Izmir menjatuhkan hukuman itu ke atas 104 daripada 280 defendan, menurut Hurriyet, hukuman paling berat menurut undang-undang Turki kerana ia meningkatkan tempoh minimum penjara yang diperlukan untuk parol.

Seramai 21 lagi dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara kerana menghina presiden, manakala 31 lagi dikenakan hukuman antara 10 tahun dan enam bulan kerana menganggotai pertubuhan pengganas.

Lebih 240, kebanyakannya penduduk awam tidak bersenjata, maut pada malam 15 Julai 2016, apabila sekumpulan anggota tentera mengemudikan kereta kebal dan pesawat tempur dalam usaha menyerang Parlimen dan menyingkirkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Kerajaan menyalahkan rangkaian ulama yang berada di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, kerana mendalangi rampasan kuasa itu.

Gulen, yang memilih tinggal dalam buangan di Pennsylvania sejak 1999, menafikan pembabitan dan mengutuk kejadian itu.

Sejak cubaan rampasan kuasa itu, pihak berkuasa menahan 160,000 orang dan memecat bilangan hampir sama kakitangan awam sebagai sebahagian tindakan, kata pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mac lalu. – Reuters/myMetro Online

Tags: PenjaraTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd