• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Bimbang Kerajaan Gadai Maruah UiTM

oleh Haris
30/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU yang sedang menjadi topik perdebatan hebat dalam kalangan rakyat Malaysia kini pastinya mengenai pembukaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk disertai golongan bukan Bumiputera.

UiTM yang sekian lama menjadi hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera kembali menjadi topik perbualan ramai selepas Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu 2.0 (Hindraf 2.0) dalam tuntutannya mendesak agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada kaum lain.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kemudiannya mengeluarkan kenyataan akan mempertimbangkan tuntutan daripada Hindraf 2.0 itu.

Keadaan itu telah menyebabkan warga institusi pengajian tinggi (IPT) terbesar di Malaysia itu mula risau dengan keadaan itu bimbang keistimewaan yang selama ini dikecapi Melayu dan Bumiputera ini ditarik semula.

Malah, beberapa organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan UiTM tampil membantah tuntutan Hindraf 2.0 yang tidak diketahui motifnya itu.

Baca: Persatuan Alumni UiTM Bantah Tuntutan Hindraf

Juga: GPMS Minta Pihak Luar Henti Gugat Kedudukan UiTM

Umum mengetahui bahawa cadangan membuka UiTM kepada kaum lain ini merupakan satu isu sensitif yang sebenarnya tidak perlu dimainkan oleh sesiapa pun.

Orang Melayu dan Bumiputera akan sentiasa mempertahankan hak keistimewaan mereka yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Hak keistimewaan atau Special Privileges itu turut merangkumi pemberian permit, bantuan dan juga keistimewaan dari segi pendidikan itu sendiri.

Perkara 4 pula tegas menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara tertinggi negara dan perlu dihormati seluruh masyarakat Malaysia secara amnya.

Setiap kali isu ini dibangkitkan, ia hanya mendatangkan perdebatan di antara kaum di negara ini yang pada akhirnya tidak memanfaatkan mana-mana pihak.

Uitm is evidence of malay special priviledges. Sudah termaktub dalam perlembagaan, the same perlembagaan which non-malay/non-bumi ethnic group leaders agreed and accepted if they want to become malaysian. So to question that privilege is also questioning your citizenship.

— ミスターAIZAT🇲🇾 (@audrey_izack) May 29, 2018

Sejak Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran Mahathir mengambil alih kerajaan, golongan-golongan ini semakin lantang bersuara bagi menuntut apa yang dikatakan sebagai hak mereka.

Di sebalik keghairahan untuk melihat perubahan-perubahan bermakna dalam ‘Malaysia Baharu’ ini, ia tidak seharusnya diambil sebagai satu kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai platform untuk melunaskan agenda yang boleh ditafsir sebagai provokatif.

Dan sekiranya kerajaan PH mengambil keputusan untuk membuka UiTM kepada golongan bukan Melayu dan Bumiputera, kemungkinan ianya sukar diterima oleh mereka yang telah berjuang mempertahankan UiTM.

Terlalu banyak IPT lain yang terdapat di negara ini, mengapa UiTM juga yang cuba diganggu oleh pihak-pihak ini?

Jika orang Melayu bersuara mempertahankan UiTM, mulalah mereka ini membangkitkan pula isu rasisme atau perkauman bagi menampakkan buruk kaum Melayu dan Bumiputera.

Protecting ‘orang kita’ is not a crime. You guys agreed to hak eksekutif bumiputra before. Why complain now? Should we also complain about you guys being here? No right? I believe that if we want to move forward, open UiTM to all citizen, demolish vernacular and no ‘chinese only’

— Shafiq Zulhilmi (@shafiqzulhilmi2) May 29, 2018

I believe for whatever reason UiTM will forever be exclusive only to bumis. Other race never bats an eye for UiTM before about our fight and purpose and suddenly post millennials they want to get into UiTM. Why?

— Az4m (@ke4zamann) May 29, 2018

Jika dilihat semula sejarah penubuhan UiTM, institut ini bermula dengan penubuhan Rural Industrial Development (RIDA) pada tahun 1950 yang kemudiannya mewujudkan Dewan Latihan Rida pada 1956.

Pada tahun 1965, nama RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Dewan Latihan RIDA ditukar kepada Maktab MARA.

Kemudiannya pada tahun 1967, nama insitut itu sekali lagi ditukar kepada Institut Teknologi Mara (ITM) dan beroperasi secara rasmi pada 1972.

Pada 1999 pula, Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu telah mengumumkan ITM dinaik taraf menjadi sebuah universiti sekaligus melahirkan UiTM.

UiTM juga menjadi tempat di mana ramai anak Melayu dan Bumiputera mendapat pendidikan menara gading mereka di kampus universiti yang terdapat di semua negeri dalam Malaysia.

Jika dibangkitkan isu persaingan, yakinkah anda bahawa dengan kemasukan golongan bukan Bumiputera ini akan meningkatkan taraf UiTM? Di UiTM sendiri, terlalu ramai graduan yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Namun stereotaipnya dari orang luar termasuk dari sesetengah kaum Melayu sendiri yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam UiTM adalah bahawa universiti ini tidak boleh bersaing di dunia luar.

Tidak boleh dinafikan, ada pelajar yang gagal mempamerkan keputusan baik sepanjang menuntut ilmu di UiTM, namun harus diingat, ia semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Terlalu ramai graduan UiTM yang berjaya di dunia luar, malah ada juga yang sudah menempa nama di peringkat antarabangsa, namun perkara yang menjadi perhatian ramai adalah kedudukan UiTM dalam carta universiti terbaik.

Melayu yg against bumiputera privileges ni hanya mahu disanjung sebagai pejuang keadilan sosial. Takde pun die pergi bagi duit dekat non bumi yg miskin untuk sambung belajar. Tidak pula menolak tawaran masuk uitm atas dasar prinsip equality. dihidang sendiri kaut juga.

— We Are Venom (@itskimxufei) May 29, 2018

Penubuhan UiTM ini bukanlah untuk meletakkan Melayu dan Bumiputera di satu kelas lebih tinggi dari kaum lain, sebaliknya, penubuhan UiTM ini boleh dilihat sebagai satu keistimewaan dan penghargaan buat anak watan.

Berbalik kepada tunutan Hindraf, bukankah lebih baik mereka memfokuskan kepada perkara-perkara lain yang lebih penting berbanding isu ini?

Mungkin apa yang mereka mahukan sebenarnya adalah penerimaan lebih ramai golongan bukan Bumiputera untuk memasuki universiti-universiti awam dan membayar amaun yuran rendah seperti yang perlu dibayar mahasiswa UiTM.

Jika itu yang mereka mahu, bukankah lebih baik untuk mereka tidak menyampaikan tuntutan itu dengan cara yang lebih baik dan teratur.

Dengan ‘menyentuh’ UiTM, terlalu ramai graduan dan mahasiswa yang akan mempertahankan universiti berkenaan dan seterusnya akan mencetuskan perdebatan seperti situasi yang berlaku kini.

Jadi lebih baik untuk semua pihak menghormati hak keistimewaan yang telah ditetapkan sejak negara ini merdeka lagi dan fokus untuk sama-sama membangunkan negara ini ke arah yang lebih moden. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bumiputeraUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd