• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Ramli Tidak Hadir Ceramah Sendiri

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘BERJANGKIT’ dengan Azmin gamaknya…… Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah mengecewakan seramai 300 orang yang hadir ke majlis ‘Ceramah Rafizi’ yang dijadualkan berlangsung pada 9.30 malam di Taman Rambai Tengah, Bukit Rambai, di sini, malam tadi.

Pembatalan majlis itu hanya diumumkan dua jam selepas acara itu berlangsung iaitu pada pukul 11.30 malam.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan alasan mengapa Ahli Parlimen Pandan itu tidak hadir ke program itu.

Orang ramai yang menunggu kedatangan Rafizi beransur meninggalkan majlis sebaik penganjur memaklumkan perkara itu.

Majlis itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua; calon PKR Parlimen Tangga Batu, Rosnah Aluai dan calon PKR Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Pada 2 Mei lalu, lebih 500 penduduk Bukit Antarabangsa juga telah dikecewakan apabila Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali gagal untuk hadir dalam ceramah umum barisan calon Pakatan Harapan (PAKATAN) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parlimen Ampang.

Tempat Azmin digantikan dengan isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ceramahRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

Nga Kor Ming Bersyukur Dakwa Lebih 10,000 Hadir Ceramah PH

27/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mendakwa lebih 10,000 rakyat Negeri Sembilan menghadiri ceramah Pakatan Harapan...

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

Nga Kor Ming Rasa Dia Adalah ‘Rockstar” – Kian Ming

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming didakwa berasa dirinya seperti 'rockstar' tanpa menyedari banyak ucapannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd