• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Polis N.Sembilan Buka 2 Kertas Siasatan

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata kertas siasatan pertama melibatkan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikesan membawa contoh kertas undi yang telah ditanda pangkah di luar sebuah pusat mengundi di Port Dickson.

“Kemungkinan ada pihak gunakan dia…kita telah ambil keterangan individu terlibat untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kertas siasatan kedua membabitkan sebuah peti undi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Said di Nilai yang dirampas dan dihempas sehingga pecah oleh sekumpulan lelaki sebaik ia tiba di pusat penjumlahan undi di Wisma Negeri, di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan ketika itu terkawal dengan anggota polis yang berada di lokasi kejadian berjaya menenangkan suasana kekecohan itu.

Dalam pada itu, Noor Azam turut berterima kasih atas kerjasama yang diberikan semua pihak kepada polis sepanjang proses penamaan calon sehingga pengundian semalam selain yakin proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) di negeri ini akan berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd