• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: 8,253 Pusat Mengundi Dibuka Serentak

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula hari ini dengan sebanyak 8,253 pusat mengundi dibuka serentak di seluruh negara bermula 8 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan sebanyak 28,115 tempat mengundi atau saluran termasuk di bangunan sekolah, dewan serbaguna dan balai raya.

Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 pemilih berdaftar akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang ini.

Baki pemilih lain merupakan pengundi tidak hadir luar negara, pengundi pos dan pengundi awal.

Proses pemilihan bagi menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang itu melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 2,333 calon yang mewakili pelbagai parti termasuk Barisan Nasional dan PKR bertanding merebut kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum itu.

SPR menjangka peratusan keluar mengundi pada PRU14 adalah sebanyak 85 peratus dengan keputusan akan diumumkan seawal 9 malam ini.

Pada hari penamaan calon, BN menang tanpa bertanding kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan menerusi Datuk Seri Mohamad Hassan. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalMalaysiapilihan raya umum 14PRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd