Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kod Penerbangan 8501 Bakal...

Akibat tragedi kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 pada pagi Ahad, Air Asia...

Zahid Nafi Minta Nasihat...

KOTA BHARU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Penentang Tembak Jatuh Pesawat...

Beirut - Kumpulan penentang rejim Syria menembak jatuh sebuah pesawat di selatan bandar...

Banjir Di Kuantan Semakin...

KUANTAN – Keadaan banjir di daerah Kuantan semakin buruk pada malam ini, apabila...

Pikul Tanggungjawab Dengan Jujur – Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan barisan kepimpinan Exco kerajaan negeri Johor yang dilantik hari ini supaya memikul amanah serta tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

Baginda bertitah barisan Exco perlu sedar bahawa jawatan yang disandang bukan untuk mencari kemewahan atau memperkayakan ahli-ahli parti, sebaliknya perlu menjalankan perkhidmatan dengan penuh integriti, dedikasi, adil dan saksama.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa janji-janji yang ditaburkan pada pilihan raya umum lalu perlu ditunaikan di samping memastikan pentadbiran yang telus.

“Kerajaan negeri mestilah bertindak mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang,” titah baginda pada Majlis Istiadat Pengisytiharan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor di Dewan Singgahsana, Istana Besar, di sini, pagi ini.

Titah baginda itu turut dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Menurut Sultan Johor, baginda juga akan meneliti setiap tindakan dan keputusan kerajaan negeri, di samping memberikan nasihat, teguran serta pandangan untuk memastikan kepentingan rakyat dan negeri dijaga.

“Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk mengkhianati negeri dan rakyat saya atau cuba menghancurkan perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup Bangsa Johor,” titah Sultan Ibrahim.


Baginda turut mengingatkan barisan Exco yang dipilih supaya memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

“Sekiranya ada ahli Exco yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya, saya harap menteri besar tahu bagaimana untuk menyelesaikannya,” titah Sultan Ibrahim.

Seramai 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor hari ini mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim. Turut hadir Osman.

Kesemua Exco yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S. Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah), Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong), Mazlan Bujang (Puteri Wangsa), Sheikh Umar Ali (Paloh), Tan Hong Pin (Skudai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya). – BERNAMA

Kategori