• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Terlibat Siasatan 1MDB Tak Wajar Keluar Komen

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka yang terlibat dengan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) perlu mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan umum mengenai status siasatan itu, kata Jawatankuasa Siasatan 1MDB Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata sebarang kenyataan umum sepatutnya dibuat kemudian agar ia tidak menjejaskan serta menimbulkan prejudis terhadap siasatan dan mengganggu prosiding mahkamah pada masa akan datang.

“Kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. Itulah pandangan saya,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di Menara Ilham di sini hari ini.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Dr. Mohd Shahreen Zainooreen Madros; CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood; Pengarah Unit Strategi Kebangsaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim dan CEO SME Corp. Malaysia, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Ditanya sama ada tugas jawatankuasa itu dan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang diketuai bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail akan bertindih, Abu Talib berkata jawatankuasa itu telah menyelaras fungsi agensi berkenaan bagi mengelak berlaku sebarang pertindihan tugas dan kekeliruan.

Pasukan petugas itu turut dianggotai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador.

Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan 1MDB CEP ditugaskan untuk menyelaras siasatan merentasi sektor bagi memastikan undang-undang diguna pakai secara adil dan saksama serta memberi nasihat sewajarnya kepada majlis itu.

Diketuai Abu Talib, jawatankuasa itu turut dianggotai rakan kongsi PwC Risk Assurance Services, Nik Shahrizal Sulaiman; rakan kongsi kanan Naqiz & Partners, Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar; penasihat kanan Financial Services Authority Indonesia, Faris Rabidin dan pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kronisme, Cynthia Gabriel. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd