• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas, Saudi Aramco Perkenal Identiti Korporat

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERANG – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Saudi Aramco hari ini memperkenal identiti korporat bagi usaha sama mereka di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), iaitu Pengerang Refining Company Sdn. Bhd. (PrefChem Refining) dan Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PRefChem Petrochemical) – secara kolektif dikenali sebagai PRefChem.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Saudi Aramco, Amin H Nasser berkata, identiti korporat tersebut merupakan satu peristiwa penting bagi projek usaha sama mega, yang membentuk sebahagian daripada strategi pemasaran dan perniagaan syarikat untuk memperkukuh pertumbuhannya di Asia Tenggara melalui bekalan minyak mentah dan operasi hiliran berskala dunia.

“Usaha ini berkait rapat dengan strategi hiliran kami, iaitu untuk melabur dalam sistem penapisan minyak dan petrokimia global di kompleks pengeluaran berskala dunia di rantau utama, dengan kapasiti penapisan minyak antara lapan hingga 10 juta tong sehari pada 2030,” katanya semasa majlis pelancaran di sini hari ini.

Hadir sama Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd., Datuk Md Arif Mahmood.

“Malaysia menyediakan peluang besar untuk pengembangan portfolio hiliran Saudi Aramco di Asia, dan lokasi strategik PRefChem akan menempatkan negara ini sebagai hab tenaga serantau yang prolifik, di samping meningkatkan jaminan tenaga di rantau Asia Pasifik,” kata Amin.

Pada Mac, Petronas dan Saudi Aramco memuktamadkan perjanjian pembelian saham untuk pemilikan dan penyertaan yang sama dalam operasi kilang penapis, perekah dan kemudahan petrokimia terpilih di PIC.

Pembinaan PIC setakat April 2018 adalah 90 peratus siap manakala kompleks penapisan, perekah dan kemudahan petrokimia masing-masing mencapai 96.54 peratus dan 84.8 peratus siap.

Selain daripada kemudahan penapisan minyak, perekah dan petrokimia, projek PIC juga merangkumi pembangunan kemudahan berkaitan, iaitu kilang penjanaan bersama, terminal regasifikasi cecair, loji bekalan air mentah, terminal air dalam, unit pemisah udara serta kemudahan utiliti berpusat dan berkongsi.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, permintaan global bagi tenaga dan barangan pengguna dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan yang sihat.

“Asia bersedia untuk menerajui momentum meningkat ini dan terus meletakkan kedudukannya sebagai pasaran dinamik dan cergas.

“Permintaan yang semakin bertambah bagi produk bernilai tinggi membolehkan syarikat petrokimia memanfaatkan keperluan pengguna untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan PIC dibina untuk memenuhi permintaan ini,” kata Wan Zulkiflee.

PRefChem membentuk sebahagian besar daripada PIC dan mampu menghasilkan 300,000 tong minyak mentah sehari serta pelbagai produk petroleum ditapis, termasuk bahan api jet sulfur rendah, petrol dan diesel motor yang memenuhi spesifikasi bahan api Euro 5.

Ia juga akan menyediakan stok suapan untuk kompleks petrokimia bersepadu berkenaan dengan kapasiti 3.3 juta tan metrik setahun. – BERNAMA

Tags: petronasSaudi Aramco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd