Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Masalah Obes Selubungi Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Kajian ke atas kanak-kanak di empat buah negara Asia Tenggara...

Agenda Tingkat Taraf Hidup...

KUALA SELANGOR – Agenda penting kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan taraf kehidupan...

“Penat Perah Idea, Kena...

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya...

Cyber999 App: Laporan Ancaman...

KUALA LUMPUR - Mereka yang menerima ancaman siber kini boleh terus membuat laporan...

Perlawanan JDT, Selangor Ditunda Kerana Hujan Lebat

JOHOR BAHRU – Aksi Liga Super membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang sepatutnya berlangsung malam ini ditunda kepada esok berikutan keadaan padang di Stadium Larkin dekat sini tidak sesuai untuk diadakan perlawanan.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dalam satu kenyatan berkata, keadaan padang Stadium Larkin itu telah dimaklumkan oleh pengadil perlawanan kepada Komisioner Perlawanan berkenaan.

“Ianya berikutan hujan tanpa henti di Johor Bahru dari malam tadi sehingga ke hari ini. Dari pengalaman pegawai perlawanan, keadaan tidak mungkin berubah sebelum waktu perlawanan.

“Oleh kerana perlawanan malam ini sangat sengit, pengadil membuat keputusan awal menunda perlawanan ini di atas faktor keselamatan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut FMLLP, keputusan awal itu juga dibuat bagi mengelak sebarang isu yang mungkin timbul berkenaan kehadiran penyokong yang tidak dapat menyaksikan perlawanan tersebut malam ini.

Sementara itu, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan berasingan menegur sikap penyokong pasukan itu tidak bersama pasukan sebagai pemain ke-12 sewaktu JDT sedang berhadapan dengan krisis.


Katanya, penyokong perlu faham walaupun JDT sedang tempang tanpa penyerang import, tetapi pasukan itu masih menduduki tangga teratas liga dengan empat mata di hadapan.

“Mentaliti seperti ini perlu ubah. Jika masih sama seperti ini, bola sepak Johor tidak akan ke mana. Saya letak berjuta-juta ringgit pun dalam bola sepak Johor hanya buang masa sahaja.

“Kami (JDT) bakal kehilangan mata dalam beberapa perlawanan selepas ini, tetapi kita harus sentiasa positif. Tidak ada sukan yang menang sahaja tanpa kalah. Inilah masanya kami perlukan anda sebagai pemain ke-12,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori