• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Bangkit Catat Kemenangan Dramatik

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan Liga Super ‘adik abang’ antara Perak dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berlangsung sengit dan berakhir dengan pasukan tuan rumah Perak mencatat kemenangan dramatik 4-3 pada aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Perak terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kelapan menerusi Norhakim Hassan namun PKNP FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi Franklin Anzite untuk keputusan terikat 1-1 pada masa rehat.

Bermula babak kedua, anak buah Abu Bakar Fadzim mempamerkan aksi bertenaga untuk menyumbat dua gol menerusi Mohamad Syamin Baharuddin (minit ke-60) dan Mohd Hakim Isa (minit ke-68) untuk PKNP FC mendahului 3-1.

Namun segalanya berubah apabila anak buah Mehmet Durakovic mula mendapat rentak untuk meledak dua gol sekali gus menyamakan kedudukan menerusi Mohd Nasir Basharudin dan Wander Luiz masing-masing pada minit ke-76 dan 84.

Penyerang dari Brazil Gilmar Jose Da Silva menjadi wira Perak apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa kedua selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti untuk mengesahkan kemenangan Perak dan membawa pulang tiga mata.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan berjaya memperoleh kemenangan kedua liga yang kali terakhir dimenangi pada Februari lalu ke atas Kuala Lumpur setelah menumpaskan Kelantan 2-0.

Jaringan skuad Hobin Jang Hobin dijaringkan oleh pemain pertahanan dari Brazil Alex De Moraes Gomes pada minit ke-16 dan penyerang dari Filipina Angel Aldeguer Guirado tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-37 selepas N. Thabalan dikasari pihak lawan di dalam kotak penalti.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Melaka yang sedang berusaha untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Jaringan tunggal Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-60 sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat skuad Sang Penyu mengumpul 21 mata daripada 12 perlawanan.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tunduk 1-2 ke atas Kedah.

Kedah yang beraksi cemerlang seawal permainan, membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi Baddrol Baktiar dan Liridon Krasniqi menambah derita anak buah Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-52.

Selangor yang cuba bangkit berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-70 menerusi Muhammad Syahmi Safari namun gagal untuk menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat. – BERNAMA

Tags: PerakPKNP FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd