• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Melaka Distruktur Semula – Adly

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan menstruktur semula kedudukan penjawat awamnya dalam usaha memastikan keberkesanan perkhidmatan kerajaan negeri serta agensi dibawahnya kepada rakyat, kata Ketua Menteri, Adly Zahari.

Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menilai tahap kompetensi, kemampuan serta keupayaan penjawat awam negeri ini dan pertukaran juga latihan semula akan dibuat terhadap penjawat awam yang terlibat, namun jumlah terlibat masih belum dimuktamadkan.

“Persoalan pengurangan penjawat awam itu tidak timbul, ia lebih kepada isu penstrukturan semula (iaitu) isu kompetensi, kemampuan dan keupayaan mereka (penjawat awam negeri) diambil kira dalam penstrukturan semula tersebut.

“Pertukaran ada terlibat tetapi kita nilai secara jujur apa kita lakukan, mana-mana cemerlang akan dapat ganjaran, mana-mana yang lemah kita perbaiki mungkin (diberi) latihan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini Melaka mempunyai kira-kira 8,000 penjawat awam yang berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Melaka dan agensi dibawahnya.

Adly berkata dalam menstruktur semula penjawat awam negeri ini, kebajikan mereka yang terlibat merupakan antara perkara utama yang akan diberi perhatian.

“Antara isu besar (di kalangan rakyat) peluang pekerjaan rakyat, mempunyai pendapatan ini adalah asas kita, jadi kita tak mahu sebagai sebuah kerajaan dalam kita membuat perubahan itu asas-asas ini kita abaikan,” katanya.

Beliau berkata dalam mengurus sebuah kerajaan baharu penjawat awam adalah tulang belakang atau individu penting yang terlibat secara langsung dalam proses peralihan kuasa ini.

“Penjawat awam adalah kelompok penting kerana mereka yang merangka dan melaksana sesuatu polisi mahupun dasar dalam menentukan hala tuju dan masa hadapan sesebuah kerajaan mahupun masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariPenjawat Awam Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd