• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Resort, Hotel Disaran Miliki Sijil Halal

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri Melaka menyarankan pengusaha restoran dan hotel di negeri itu mendapatkan sijil halal dalam usaha mengoptimumkan industri makanan halal yang semakin berkembang pesat di negara ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pemilikan sijil halal dapat meningkatkan keyakinan pengguna terutama orang Islam dalam memilih makanan yang mematuhi aspek syariah.

“Kita amat menggalakkan dapur di resort dan hotel mendapatkan sijil pengesahan halal bagi membolehkan umat Islam mengunjungi premis berkenaan tanpa keraguan lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan ini (yang mana sering diadakan majlis berbuka puasa) sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

“Justeru, kita akan menggiatkan lagi promosi berkaitan produk halal termasuk makanan memandangkan Melaka merupakan negeri pelancongan dengan 16.79 juta pelancong direkodkan berkunjung ke negeri ini tahun lepas,” katanya kepada Bernama pada program Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) peringkat negeri di Masjid Al- Qaniteen, Tanjung Rimau Luar di sini malam tadi.

Semalam, Bernama melaporkan hanya 34 daripada 314 dapur di resort dan hotel di Melaka memiliki sijil pengesahan halal setakat ini.

Untuk rekod, daripada jumlah itu hanya dua dapur resort dan hotel bertaraf lima bintang mempunyai sijil pengesahan halal, empat bintang (11 buah), tiga bintang (15), dua bintang (2) dan tiada bintang (4).

Adly sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan orang kurang upaya. Turut hadir Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman dan Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) Bahagian Pembahagian TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd