• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengikut IG Syed Sadiq Meningkat Lima Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terkejut melihat jumlah pengikutnya di media sosial terutamanya Instagram meningkat dengan mendadak semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

“Bilangan ‘followers’ meningkat lebih 700,000 berbanding 150,000 sebelum ini…agak luar biasa sebenarnya,” kata Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11, terbitan Bernama News Channel (BNC) di sini hari ini.

Syed Saddiq, 25, yang merupakan juara debat antarabangsa menarik minat netizen apabila dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan di bawah bendera PKR pada PRU baru-baru ini.

Kemenangannya di kerusi Parlimen Muar dengan majoriti 6,953 undi mengalahkan penyandang Datuk Seri Razali Ibrahim (BN-UMNO) yang memenangi kerusi itu sejak PRU 2004 dan calon PAS Abdul Aziz Talib adalah satu pencapaian yang hebat.

Syed Saddiq berkata dengan peningkatan pengikutnya terutama di media sosial, ini bermakna beliau kini memikul tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang dimuat naik berbentuk positif dan memanfaatkan pengikutnya.

Lulusan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah menolak tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford University, England kerana politik, Syed Saddiq berkata beliau mahu memainkan peranan penting di Dewan Rakyat bagi membangkitkan isu-isu berkaitan pendidikan dan masa depan belia di negara ini.

Syed Saddiq berkata penerimaan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin muda menunjukkan mereka inginkan perubahan dan mahu isu-isu berkaitan golongan muda seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, kos sara hidup dan tiada rumah mampu milik diberi penekanan di Parlimen.

Selain Syed Saddiq yang ​​ berasal dari Johor Bahru dan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja Malaysia, beberapa lagi calon muda Pakatan Harapan menang pada PRU14 itu antaranya bagi kerusi Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir, 32.

Seorang calon Bebas P. Prabakaran mencatat rekod sebagai anggota Dewan Rakyat termuda di negara ini pada usia 22 tahun apabila memenangi kerusi Parlimen Batu. Anak muda ini kemudian mengumumkan menyertai PKR.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berjanji akan memastikan anak muda di negara ini mempunyai ruang bersuara dalam dunia politik Malaysia dalam usaha membina semula negara ini.

“Ini termasuklah suara anak muda parti Barisan Nasional (BN) bagi memperlihatkan budaya politik yang sihat, proaktif dan kompetitif,” kata anak guru Bahasa Inggeris itu.

Beliau juga berharap BN dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang baik, khususnya dalam memastikan unsur semak dan imbang dalam aspek pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Syed Saddiq mula aktif dalam politik apabila beliau dan 24 lagi belia yang menggelarkan diri mereka “Change Led by the Young Generation (Challenger)” mengeluarkan kenyataan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan skandal 1MDB pada 2016 dan seterusnya menyertai PPBM serta menjadi jurucakap parti. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd