• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Salur Kewangan Kepada Pengganas

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penceramah bebas yang sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas berdepan dua lagi pertuduhan tambahan di mahkamah sama iaitu memberikan perkhidmatan kewangan bagi manfaat pengganas.

Ahmad Junaidi Omar, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa telah secara tidak langsung memberikan perkhidmatan kewangan dengan cara membenarkan kemasukan wang RM200 dan RM100 ke akaun Maybank miliknya dan dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan yang diberikan itu akan memanfaatkan pengganas bernama Muhammad Fudhail Omar, 26.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank cawangan Baling, 63-D, Jalan Badlishah, Baling, Kedah pada 12.20 tengah hari, 8 Jun 2015 dan 4.35 petang, 2 Julai 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130O(1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130O(1)(bb) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes manakala perbicaraan ditetapkan pada 6 sehingga 8 Ogos. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Shahredzan Johan.

Pada 26 Jan lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahuan telah membenarkan kemasukan wang berjumlah RM6,360 milik Muhammad Fudhail ke dalam akaun bank miliknya. – BERNAMA

Tags: penceramahpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Air Di Pulau Pinang Dikawal Kerajaan Persekutuan

Sekatan Terhadap Penceramah Asing Pro-Zionis Demi Keselamatan, Imej Negara – Zambry

26/04/2024
0

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka....

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd