• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembebasan Anwar Ibrahim Tertangguh Lagi

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEWAT.. Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka berlaku esok pagi tertangguh lagi kerana perlu mengikuti proses yang perlu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengampunan Anwar dijadual diputuskan oleh Lembaga Pengampunan yang pada mulanya dijadual bersidang esok tetapi kemudian kenyataan terbaru menyebut mesyuarat itu akan diadakan pada Rabu.

“Janji kita untuk mendapatkan pengampunan kepada Anwar akan diteruskan, tetapi prosesnya (perlu) diikuti,” kata Mahathir.

“Walaupun sudah diputuskan, Lembaga Pengampunan (Diraja) mungkin bersidang lewat sedikit kerana kita nak ikut peraturan,” katanya lagi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata Jabatan Perdana Menteri memberitahu pertemuan Lembaga Pengampunan akan diadakan Rabu dan program sambutan Anwar ditangguh.

“Oleh yang demikian, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditangguhkan sehingga pemberitahun selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, PKR merancang mengadakan himpunan di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menyambut pembebasan ketua parti itu. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd