• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM, MCMC Jalin Kerjasama Tangani Serangan ‘BOTS’

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung serangan ‘BOTS’ yang mengganggu talian komunikasi pemimpin-pemimpin kerajaan serta parti politik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata serangan ini dilihat sebagai usaha untuk menjejaskan ketenteraman proses mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“PDRM dan MCMC sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, antara yang mendakwa menerima panggilan tidak berjawab daripada nombor luar negara ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said serta pemimpin pembangkang seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sesuatu laporan berita yang tidak sahih atau ditularkan dalam media sosial berkaitan keputusan PRU14.

Mohamad Fuzi berkata pelbagai laporan berita palsu akan dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kegusaran awam pada PRU14 ini.

Beliau meminta orang ramai menyemak terlebih dahulu kesahihan sumber dan fakta sebenar sebelum mempercayainya atau menyebarkan sesuatu berita itu.

Katanya masyarakat hari ini perlu lebih bijak menilai setiap kesahihan berita yang dikeluarkan mana-mana pihak serta mendapatkan pengesahan.

“Kalau mereka terus percaya dan sebagainya, ini sudah tentu akan mempengaruhi sentimen dan persepsi rakyat terhadap perkara tidak benar daripada pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: MCMCPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd