• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MESEJ Beri Manfaat 2,500 Penduduk Miskin

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU- Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan menerusi inisiatif kerajaan Sabah hasil idea Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, sehingga kini memberi manfaat kepada lebih 2,500 penduduk miskin di negeri ini.

Program itu yang dimulakan pada 2004 merangkumi pembinaan rumah yang dilengkapi kemudahan elektrik dan air untuk setiap peserta selain jalan raya berturap bagi memudahkan perhubungan.

Sehingga kini, 52 MESEJ dibuka di seluruh negeri dengan 16 adalah MESEJ tanaman getah, kelapa sawit (18) dan akuakultur (6) manakala selebihnya MESEJ Mikro Pertanian dan MESEJ Mikro Akuakultur (sembilan) serta MESEJ Bersepadu (tiga).

Bagi MESEJ akuakultur, aktiviti diusahakan ialah penanaman rumpai laut, penternakan ikan dalam sangkar, tiram dan balat (timun laut), selain ketam bakau dan udang galah manakala MESEJ Bersepadu menumpukan aktiviti penternakan burung walet dan itik penelur.

Program itu antara pendekatan diambil kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin tegar keluar daripada kemiskinan.

Sejajar usaha itu, kerajaan Sabah menetapkan objektif utama MESEJ iaitu untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar secara mapan dengan harapan mereka dapat menikmati peningkatan kualiti hidup.

Hasilnya, kadar kemiskinan Sabah berjaya diturunkan kepada 2.9 peratus pada 2016 berbanding 19.7 peratus pada 2009 selain dijangka dapat diturunkanlagi sehingga di bawah kadar satu peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Musa dalam ucapannya ketika merasmikan beberapa MESEJ di seluruh negeri sebelum ini sering menekankan bahawa semua projek MESEJ sangat memberi kesan ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat luar bandar.

Katanya, kerajaan Sabah mewujudkan MESEJ dengan niat suci untuk membantu rakyat miskin agar mereka dapat meningkatkan ekonomi dan menikmati keselesaan hidup dengan mendapat tanah, rumah, kemudahan jalan raya, air, elektrik dan lain-lain kemudahan.

Pada masa sama, MESEJ dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi melaksanakan transformasi masyarakat luar bandar selain dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri. – myMetro Online

Tags: RMK-11Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd