• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Akui Canggung Hari Pertama Jadi Menteri

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Mohamad Sabu hari ini secara rasminya memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan yang baharu setelah diumumkan menjawat portfolio itu kira-kira dua minggu lalu.

Beliau yang juga Presiden PAN dilaporkan tiba di perkarangan Dataran Wisma Pertahanan di ibu negara tepat kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki sebuah kereta rasmi Proton Perdana.

Ketibaan Ahli Parlimen Kota Raja itu disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sejurus tiba, Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dan memeriksa barisan pasukan kawalan tersebut.

Beliau yang mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kemudian mengetip kad perakam waktu di ruang lobi kementerian pada pukul 9.40 pagi.

Sejurus selepas itu, Mohamad yang diiringi Abdul Rahim dan Raja Mohamed Affandi dibawa ke pejabat beliau di tingkat lima untuk menandatangani nota terima tugas jawatan Menteri Pertahanan.

Dalam sidang akhbar pertamanya secara rasmi sebagai Menteri Pertahanan, Mohamad yang pernah menyertai PAS sebelum keluar parti itu mengakui berasa agak gementar untuk memulakan tugas beliau.

Beliau juga mengakui canggung dengan kehidupan ‘berprotokol’ setelah dilantik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memegang portfolio yang disifatkannya sebagai sangat penting itu.

“Saya selalu hidup dengan rakyat, tetapi kini perlu terlalu ikut protokol, benda baharu. Saya kena membiasakan diri dengan kehidupan baharu ini tetapi tidak mahu ubah gaya Mat Sabu,” katanya.

Berhubung perancangan selepas ini, Mohamad memberitahu tempoh seminggu ini akan dimanfaat untuk dengar taklimat daripada pelbagai sektor sebelum merangka pelan hala tuju kementerian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mat Sabumenteri pertahananMohamad Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

Mohamad Sabu Kenang Kerjasama Bersama Tun Mahathir Tumbangkan Kerajaan BN

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbas detik PH mengambil keputusan bekerjasama dengan Tun...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd