• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Kekalkan Sabitan, Denda Chegubard

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan denda terhadap enam individu termasuk bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard kerana menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen pada 2013.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Kamardin Hashim, Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengekalkan sabitan dan denda RM6,000 ke atas Badrul Hisham, 39, dan Edy Noor Reduan, 37, selepas menolak rayuan mereka kerana tidak hadir di mahkamah hari ini bagi pendengaran rayuan mereka.

Kedua-dua lelaki itu disabitkan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Mei 2016 atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan merusuh. Rayuan mereka ditolak di Mahkamah Tinggi pada Mac tahun lepas.

Sementara itu, panel hakim yang sama turut menolak rayuan yang dikemukakan tiga individu –Norazimah Mohamad Nor, 42, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, 27, dan Lim Sue Pei, 30, terhadap sabitan dan denda RM6,000 kerana menyertai perhimpunan dan merusuh.

Individu keempat, Annie Ooi Siew Lan, 72, pesara guru juga gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan denda RM2,000 kerana menyertai perhimpunan sama.

Hakim Kamardin yang mengetuai panel itu memutuskan sabitan terhadap keempat-empat individu itu adalah selamat untuk dikekalkan dan mahkamah tidak menemui sebarang kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen pada 31 Mei 2016 yang didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013.

Kecuali Annie, kelima-lima individu itu juga didenda RM4,000 atau penjara enam bulan kerana didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama.

Mereka gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi pada 28 Mac 2017. Kesemua mereka membayar denda itu.

Peguam Haijan Omar mewakili kesemua perayu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi. – BERNAMA

Tags: ChegubardMahkamah Rayuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd