• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: PKNS FC Dan JDT Berkongsi Mata

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan keputusan seri buat kali kedua dalam Liga Super musim ini selepas terikat tanpa jaringan dengan pasukan PKNS FC pada perlawanan tunggal liga di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Walaupun JDT mengawal sebahagian besar perlawanan namun masih belum mampu merobek gawang PKNS FC yang kawal oleh Mohd Shahril Sa’ari.

Anak buah K. Rajagobal menunjukkan disiplin bertahan yang sangat tinggi dengan berjaya mematahkan setiap gerakan serangan yang dilakukan oleh skuad bimbangan Raul Marcos Loghi sehingga akhir perlawanan.

Keputusan itu, bagaimanapun, tidak menjejaskan penguasaan JDT di persada liga dengan mengumpul 29 mata daripada 12 perlawanan, iaitu kelebihan enam mata daripada pencabar terdekat Perak di tangga kedua carta liga.

PKNS FC pula menghuni tangga keenam dengan 19 mata selepas 12 perlawanan.

Sementara itu, pada satu lagi aksi tunggal Liga Premier, UKM FC mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

UKM FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Faiz Hanif Adnan pada minit ke-20 namun skuad Bujang Senang tidak cepat mengalah apabila ayam tambatan mereka, Bobby Gonzales menyamakan kedudukan pada minit ke-28 untuk kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bagi memburu gol kemenangan namun UKM FC lebih bernasib baik apabila Michael Chukwubunna Dezie meledak gol kekemangan pada minit ke-72 untuk mengesahkan kemenangan ketiga pasukan itu musim ini selepas 13 perlawanan.

UKM FC kini menduduki tangga kesembilan dengan 12 mata manakala Sarawak pula menghuni tangga keenam dengan 15 mata. – BERNAMA

Tags: JDTPKNS FC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hargai Guru Al-Quran, Juru Urus Jenazah

Next Post

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar Aidilfitri

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

Bidoglio Bangga Dengan Prestasi JDT

17/04/2025
1

KETUA Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio melahirkan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan barisan pemainnya selepas berjaya mencatat kemenangan...

Next Post

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar Aidilfitri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd