• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Misteri Berpisau Bunuh Pejalan Kaki

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Seorang pejalan kaki maut manakala empat lagi cedera diserang dengan pisau oleh individu tidak dikenali yang turut melaungkan kalimah ‘Allahuakbar’ sebelum suspek sendiri ditembak mati pihak berkuasa.

Pegawai pendakwa Perancis, Francois Molins berkata, kes berkenaan sedang disiasat oleh polis anti pengganas.

Presiden Emmanuel Macron turut memuji pegawai polis yang bertindak pantas untuk mententeramkan suasana dan menumpaskan penyerang itu.

“Perancis tidak akan berganjak dari menumpaskan pengganas yang cuba menggugat kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Negara itu berada dalam keadaan siap siaga susulan siri serangan yang digerakkan atau diilhamkan oleh kumpulan militan Daesh sejak tiga tahun lalu sehingga meragut puluhan nyawa.

Militan berkenaan mengaku bertanggungjawab atas serangan semalam menerusi satu kenyataan oleh agensi berita Amaq milik mereka namun tidak menyertakan sebarang bukti.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerard Collomb menyifatkan insiden terbabit sebagai satu perkara tidak menyenangkan memandangkan ia berlaku di tengah-tengah ibu negara yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancong. – Reuters/myMetro Online

Tags: bunuhlelaki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembunuh Cantik Dipenjara Sehingga 33 Tahun

Next Post

Polis Nafi Serbu Apartmen Mewah Di Jalan Raja Chulan

Related Posts

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post

Polis Nafi Serbu Apartmen Mewah Di Jalan Raja Chulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd