• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Di Taman Melati: Polis Buru 4 Individu

oleh Ahmad Albab
29/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memburu empat lagi suspek bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki, yang mayatnya ditemui di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini pada 21 Mei lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata setakat ini, polis menahan seramai 19 lelaki dan wanita berusia 17 hingga 28 tahun sejak hari kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya siasatan awal mendapati kematian lelaki berkenaan dipercayai berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan ‘Mat Rempit’ dari Pantai Dalam serta Kampung Pandan dan Wangsa Maju pada pukul 4 pagi hari tersebut.

“Susulan salah faham berlaku pergaduhan antara kedua-dua kumpulan itu dan mangsa dipukul menggunakan topi keledar dan besi pengunci motosikal ketika sedang menolak motosikal miliknya.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Pada 21 Mei lepas, Mazlan berkata polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat lelaki yang dikaitkan dengan pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini.

Ujian saringan air kencing ke atas semua yang ditahan mendapati dua daripada mereka positif dadah, kata Mazlan

Sementara itu, Mazlan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Patologi berhubung penemuan 53 pil dipercayai erimin 5 daripada pelakon wanita popular berusia 26 tahun pada 6 Mei lepas.

“Ini bagi melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut berhubung kes ini,” katanya.

Pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Kamal Khan Mohd Shariff akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah menggantikan SAC Abdul Ghani Mohamad Ji yang bertukar ke Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras. — BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Lazim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr. M Dakwa Wujud Unsur Penipuan Dalam PRU14

Next Post

4 Daerah Di Perak Masih Dilanda Banjir Malam Ini

Related Posts

Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu

06/12/2018
0

SHAH ALAM - Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25,...

Samun Di Kuchai Lama: Suspek Bekas Tahanan Poca

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian samun kedai emas dan mengakibatkan lima penjenayah ditembak mati di sebuah...

Next Post

4 Daerah Di Perak Masih Dilanda Banjir Malam Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd