• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. M Dakwa Wujud Unsur Penipuan Dalam PRU14

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa terdapat unsur penipuan sewaktu pengiraan undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sehinggakan ada calon-calon Pakatan Harapan (PH) tewas dengan jumlah undi rosak yang tidak masuk akal dan mengejutkan.

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata keputusan itu sekali gus menyebabkan gabungan parti-parti dalam pakatan itu tidak mendapat keputusan yang baik walaupun berjaya memenangi PRU14, 9 Mei lepas.

“Ada calon yang sudah menang, tiba-tiba datang peti undi lain yang menyebabkan kita kalah. Ada juga kes di mana undi rosak mencecah 700 hingga 800 undi. Takkanlah orang Malaysia ini bodoh sangat.

“Berapa banyak kerusi yang hilang? Kami masih mengira…agak banyak, saya tidak dapat mengatakan beberapa jumlah. Bukan sahaja parti (PPBM) tetapi parti lain juga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Ditanya jika kerajaan akan membuat perubahan termasuk menukar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan unsur penipuan tersebut , Dr Mahathir berkata: “Bagi parti berkenaan, kami akan membangkitkan kes-kes ini, bergantung kepada penemuan…jika kita mempunyai alasan atau tidak, apa jua tindakan yang perlu akan diambil.”

“Saya difahamkan beliau (Pengerusi SPR), mahu meletak jawatan tetapi jika ia berbuat demikian dan jika ada apa-apa terhadapnya, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negara,” katanya.

Mengenai mesyuarat tersebut, Dr. Mahathir berkata, kebanyakan perbincangan tertumpu kepada masalah-masalah yang wujud selepas PRU14 selain permintaan ribuan anggota UMNO untuk menyertai PPBM ketika ini.

Beliau berkata pihaknya akan menentukan status mana-mana permohonan hanya apabila anggota UMNO mengisytiharkan diri keluar daripada parti dan menyatakan pendirian terhadap PH.

Jelasnya, mesyuarat berkenaan juga membincangkan hala tuju seterusnya selepas misi menumbangkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dilakukan. — BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd