• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Daerah Di Perak Masih Dilanda Banjir Malam Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit kepada 168 orang daripada 42 keluarga setakat 8 malam, berbanding 152 orang daripada 40 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan, berkata jumlah mangsa meningkat malam ini berikutan terdapat sebuah PPS dibuka di daerah Kerian, melibatkan 22 orang yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Tengah pada 4 petang tadi.

Tiga lagi PPS juga masih dibuka di tiga daerah membabitkan daerah Taiping di Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, Trong, Kampung Temelok, kekal menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Di daerah Manjung juga kekal 48 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis.

Sementara di daerah Hilir Perak, jumlah mangsa menurun kepada 60 orang daripada 14 keluarga berbanding 66 mangsa daripada 16 keluarga pada pagi tadi, yang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd