• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkapan Insiden Kuil Kini 102 Individu

oleh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 102 orang setakat 8 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di sekitar negeri ini antara malam semalam sehingga pagi tadi.

“Dengan tangkapan ini, seramai 102 individu telah ditahan merangkumi 49 lelaki Melayu, 44 orang lelaki India, seorang lelaki Cina dan lapan lelaki India Muslim,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul di sini hari ini.

Insiden rusuhan pada 26 Nov itu berkaitan dengan unsur jenayah, menyebabkan kecederaan parah kepada seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di Institut Jantung Negara, selain kemusnahan 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan kepada ketenteraman awam.

Ketika ditanya sama ada polis akan mengambil keterangan Muhammad Adib, Mazlan berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran daripada IJN.

“Buat masa ini biarlah dia selesaikan rawatan dia di hospital terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan polis ke atas Exco Selangor V. Ganabatirau berhubung kenyataannya mengenai insiden itu, Mazlan berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Rakaman percakapan dia telah kami ambil, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Mazlan turut memberitahu bahawa dua kakitangan syarikat pemaju yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan bon pada 4.45 petang semalam.

“Jamin dibenarkan oleh Majistret dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebanyak RM10,000, tanpa cagaran dan kedua-dua tertuduh akan hadir semula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 12 Dis ini untuk keputusan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Lazimisu kuil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

Hanya Tangguh ‘Ops Terjah’, Bukan Batal – Ustaz Sophian  

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub BUKIT MERTAJAM – Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus) menegaskan bahawa rancangan 'Ops Terjah' di sebuah kuil di...

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

Dua Aktivis Menentang Pencerobohan Tanah Kuil Haram Dikenakan Tindakan Polis

28/01/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 28 Januari – Dua aktivis yang menentang pencerobohan tanah bagi pembinaan kuil haram, Tamim Dahri (Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd