• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Melaka Sedia Terima Teguran Demi Rakyat

oleh Ahmad Albab
11/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Melaka sedia menerima teguran bagi memastikan kerajaan itu dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui sistem demokrasi, kerajaan Melaka bersedia menerima dan menjawab segala teguran rakyat dengan baik supaya rakyat faham apa dilaksanakan demi kebaikan mereka.

“Persoalannya bagaimana kita mahu menerima dan menjawab teguran itu terutama jika melibatkan berita tidak sahih dan sebagainya. Kerajaan sememangnya boleh ditegur oleh rakyat, tetapi dengan platform lebih besar seperti media dan sebagainya, ini semua boleh dijawab.

“Jika kita telus (melalui platform ini) boleh menjawab teguran itu. Kalau kita lakukan kesilapan kita perlu akui kesilapan, kemudian akan perbetul kesilapan-kesilapan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri di sini hari ini.

Terdahulu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di sini, hari ini.

Sementara itu, Adly yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, berkata beliau bersama pemimpin pakatan tersebut dijangka memuktamad dan mengumumkan barisan exco kerajaan Melaka pada Isnin ini.

Beliau berkata tiada pertambahan bilangan exco kerajaan negeri dilakukan, malah mempertimbang untuk mengurangkan jumlah itu yang sebelum ini 11 jawatan termasuk ketua menteri.

“Ada peraturan jumlah dan bilangan (exco), kita ambil kira untuk memaksimakan tanggungjawab, tugas dan sebagainya..kondisi yang efektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penjawat awam kerajaan Melaka tidak seharusnya bimbang tentang kedudukan mereka kerana apa yang berubah sekarang adalah barisan kepimpinan kerajaan, dan bukan struktur pentadbiran kerajaan itu.

“Buang dalam pemikiran kita perasaan takut, risau…itu semua, apa yang penting sekarang kita bekerja sebagai sebuah pasukan untuk beri yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Ditanya tentang status projek-projek kerajaan sebelum ini termasuk pelaburan asing, Adly berkata semakan akan dilakukan terhadap semuanya bagi memastikan ia dapat memberi kesan positif kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Menteri Melaka Ditamatkan Perkhidmatan

03/03/2020
0

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri Melaka sudah ditamatkan sejak 4 petang semalam. Adly...

Adly Enggan Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Melaka

03/03/2020
0

AYER KEROH - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari enggan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun tidak memperoleh sokongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd