Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

PPBM Sah Setuju Sertai...

PETALING JAYA - Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini sebulat suara...

Inilah.. 10 Video Tempatan...

Berbaki lebih kurang 21 hari lagi sebelum menjelang tahun baru 2015, statisik video...

Aksem Rampas 574 Krek...

KUALA PERLIS - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis merampas 574 krek minuman keras...

‘Pemimpin UMNO Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan solidariti...

Johor Darul Ta’zim Kekal Di Persada Liga Super

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di puncak liga setelah mengatasi pasukan tercorot, Selangor 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Kemenangan ketujuh tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan terus memimpin kedudukan carta Liga Super dengan kutipan 21 mata.

Pada aksi di Larkin, penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-60 sebelum Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengesahkan tiga mata berharga untuk JDT dengan gol kedua pada minit ke-68.

Perlawanan berkenaan sepatutnya diadakan semalam, tetapi terpaksa ditunda kepada malam ini susulan keadaan padang yang becak berikutan hujan.

Perak pula terus merapatkan jurang mata dengan Pahang setelah menang tipis 2-1 ke atas Melaka di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pada perlawanan berkenaan, Perak selesa mendahului 2-0 hasil jaringan penalti pemain import dari Brazil, Wander Luiz Junior pada masa kecederaan babak pertama perlawanan sebelum rakan senegaranya, Gilmar Jose da Silva Filho menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.

Melaka, bagaimanapun berjaya merapatkan jurang jaringan menerusi pemain import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-78.


PKNP FC turut meraih tiga mata berharga setelah menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan hasil jaringan Mohammad Hafiz Ramdan pada minit ke-25 dan pemain import dari Latvia, Ritus Krjauklis, selang lima minit kemudian.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur kembali meraih kemenangan setelah menang tipis 2-1 ke atas PKNS FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dua gol skuad ‘The Hawks’ dijaringkan dua pemain import dari Brazil, Paulo Josue seawal minit kesembilan dan Guilherme de Paula pada masa kecederaan babak pertama perlawanan manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Faris Ramli pada minit ke-45. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori