• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jauhi Fitnah Siber Bulan Ramadan – Mufti Kelantan

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tabiat setengah individu yang suka mendedahkan aib seseorang, menulis sesuatu yang negatif di media sosial dan melakukan ‘fitnah siber’ perlu dihentikan khususnya pada Ramadan, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata amalan negatif itu wajar dihentikan kerana Ramadan merupakan bulan untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan mengelak daripada berbuat dosa.

“Sebagai umat Islam kita perlulah hormati bulan Ramadan ini. Kita sepatutnya menulis sesuatu yang elok daripada menulis sesuatu yang mendedahkan aib seseorang di media sosial seperti di laman Facebook, Twitter mahupun WhatsApp.

“Perbuatan itu sudah pasti membuatkan individu lain terjejas angkara kita. Jika tiada sebarang aktiviti, lebih elok andainya kita berdiam diri daripada menulis satu ayat yang bertujuan mengaibkan serta menjatuhkan maruah individu lain. Ini seolah-olah trend zaman sekarang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata perbuatan mendedahkan aib orang lain adalah haram di dalam Islam dan diumpamakan seperti mendedahkan aurat diri sendiri.

“Mendedahkan aurat atau aib seseorang seumpama kita mendedahkan aurat kita sendiri di khalayak ramai yang mana ia haram dalam Islam. Adalah lebih baik jika kita ambil peluang dalam bulan yang mulia ini untuk membuat sesuatu yang memberi manfaat seperti membaca al-Quran, berzikir dan bersedekah,” katanya. – BERNAMA

Tags: fitnahmufti Kelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd