• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 3 Menteri Berani Bersuara Terhadap Najib

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah berjumpa dengan beberapa menteri kabinet sebelum ini bagi menyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu susulan hasil siasatan SPRM pada 2015 berhubung isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn. Bhd. ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang ketika itu merupakan perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, hanya tiga menteri ketika itu yang berani bersuara mengenainya iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

“Walaupun ugutan-ugutan diterima, kami berdua (Mohd Shukri dan Abu Kassim) tidak pernah berputus asa. Saya jumpa beberapa menteri dan Tan Sri Abu Kassim berjumpa dengan beberapa orang menteri untuk yakinkan mereka bahawa kes RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International adalah kes yang benar, bukannya kes rekaan.

“Kami cakap kepada menteri-menteri tersebut, tolonglah buang orang ini, buang pelaku rasuah ini, gantilah dengan orang lain kalau sayangkan negara.

“Buang Najib dan gantilah dengan orang lain, gantikanlah dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, orang yang ada integriti mulia untuk menjadi perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, yang turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen hari ini.

Mohd Shukri berkata bagaimanapun, usaha beliau dan Abu Kassim gagal apabila hanya tiga menteri tersebut sahaja yang berani mengambil tindakan manakala menteri lain tidak berani melakukannya.

Beliau berkata apabila kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Najib tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, ramai menteri-menteri yang ditemuinya pada 2015 telah menghubunginya dan menyatakan kekesalan mereka kerana tidak mengambil tindakan terhadap Najib.

“Saya cakap dengan menteri-menteri itu saya tidak ada kepentingan. Bukan saya minta duit, bukan saya minta jawatan. Saya cakap benda yang benar supaya kita perbetulkan keadaan sebelum terlambat.

“Ini adalah tentang 1MDB, RM2.6 bilion bukan cerita rekaan, ini cerita benar dan kes ini adalah terlalu besar untuk dilindungi,” katanya.

Mohd Shukri juga memberitahu sidang berita itu bahawa selepas usaha meyakinkan menteri-menteri pada waktu itu tidak mencapai seperti yang dihasratkan, beliau dan Abu Kassim kemudian mengadakan pertemuan dengan Majlis Raja-raja untuk meyakinkan majlis itu mengambil tindakan terhadap Najib.

“Kami ambil inisiatif kerana sayangkan negara dan berjumpa dengan Majlis Raja-raja…dua kali kami berjumpa dan kami telah minta kepada Tuanku, tolonglah tuanku tengok perkara ini, tapi kami hampa,” katanya.

Mohd Shukri dilaporkan sebagai individu yang melengkapkan dua kertas siasatan berkaitan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Ketika itu, beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebelum bersara wajib pada 2016.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini melantik semula Mohd Shukri sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bagi menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meletakkan jawatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Damsyik Selamat Sepenuhnya Selepas Usir Daish

Next Post

Harga Daging Tempatan Naik Di Kedah

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Harga Daging Tempatan Naik Di Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd