• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Daging Tempatan Naik Di Kedah

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Harga daging tempatan di sesetengah tempat di negeri ini meningkat hingga mencecah RM36 sekilogram dan membebankan pengguna.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata antara yang paling tinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Katanya turut berlaku kenaikan ialah di Jalan Datuk Kumbar dan Jalan Hutan Kampung di daerah Kota Setar iaitu dari RM34 hingga RM35, termasuk juga di Kulim/Bandar Bharu dan Langkawi.

“Kita bertindak atas aduan diterima dan pemantauan bersama Gerakan Pemantau mendapati ada kawasan naik dan ada yang masih kekal pada RM30 hingga RM33 seperti di Pasar Besar Alor Setar. Dakwa peniaga mereka dapat lembu hidup dengan harga mahal,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barang sempena Ramadan di Pasar Besar Alor Setar, di sini, hari ini.

Beliau berkata harga lembu hidup ketika ini turut naik mendadak hingga RM5,000 seekor berbanding RM4,000 seekor, ekoran daripada bekalan berkurangan.

“Saya mengesyorkan agar kerajaan dapat mencari mekanisma terbaik untuk meningkatkan populasi lembu di negeri ini dengan mewujudkan lebih ramai penternak dan padang ragut yang luas agar lembu-lembu ini dapat membiak serta meningkat seterusnya harganya dapat diturunkan,” katanya.

Seorang peniaga daging, Mohd Fadzly Mohd Rodzi, 33 berkata beliau tidak mempunyai pilihan melainkan menaikkan harga daging bagi menampung kos operasi yang meningkat.

“Jika dulu kami beli lembu hidup RM3,000 seekor, tetapi sekarang naik hingga RM4,500 seekor dan untuk berniaga kami beli juga dan jual tinggi sedikit, pengguna ada mengeluh kata mahal, namun mereka beli juga dalam kuantiti sedikit,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna, Mohd Zahir Ishak, 49, berharap harga daging tempatan dapat dikawal agar tidak terus menekan pengguna terutama untuk kegunaan menjelang hari raya akan datang.

“Walaupun mahal, saya beli sedikit untuk berbuka bersama anak-anak di rumah, saya harap isu daging mahal ini dapat diatasi segera kerana ia naik pada setiap tahun seperti tiada kawalan oleh pihak terbabit,” katanya. – BERNAMA

Tags: dagingKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd