• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Cuba Cabar Islam Sebagai Agama Persekutuan?

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAKATAN HARAPAN yang diketuai DAP menggariskan 11 strategi awal ‘menyamaratakan agama’ jika diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri pada pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik menerusi satu rakaman video menjelaskan semua pelaksanaan itu akan dilakukan partinya secara berperingkat membabitkan kepentingan penduduk bukan Islam di Pulau Pinang.

Jelasnya, antara perkara yang dibangkitkan adalah pemberian cuti khas kepada kakitangan kerajaan bukan beragama Islam sepertimana yang diberikan kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Ini sekali gus dilihat seakan-akan cuba mencabar kedudukan Agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kakitangan kerajaan bukan Islam juga perlu diberi cuti bergaji untuk upacara khusus keagamaan mereka, sama seperti untuk orang Islam iaitu 40 hari untuk pergi haji dan umrah,” katanya.

Selain itu, setiap kawasan di taman perumahan juga menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan diperuntukkan keluasan tanah yang setimpal untuk dibina kuil dan rumah ibadat bagi agama-agama lain.

“Peruntukan tahunan RM1.5 juta untuk memastikan pemaju perumahan menyediakan luas tanah yang setimpal untuk tujuan keagamaan membabitkan kepentingan agama bukan Islam,” katanya.

Tambah beliau, peruntukan yang diberikan kepada institusi pendidikan agama seperti pusat tahfiz dan sekolah pondok berdaftar juga akan diberikan sama rata kepada sekolah-sekolah agama bukan islam yang lain ‘seadilnya’.

Ini termasuk peruntukan untuk pendakwah-pendakwah Kristian dan pergerakkan mubaligh agama lain dengan pemberian dana yang sama rata.

“Ini juga membabitkan peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 kepada Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia.

“Selain itu, kita akan mewujudkan Exco untuk Hal Ehwal Bukan Islam (HEB), yang dipengerusikan ketua menteri dan penyediaan peruntukan dana kira-kira RM30 juta sejak 2008 dan menyerahkan bangunan di Jalan Mecalister kepada HEB Pulau Pinang untuk pengurusan hal ehwal penganut Hindu,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: agama islamGuan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

Kadar Cukai Tanah Pulau Pinang Naik Sehingga 3,000 Kali Ganda – Guan Eng 

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa pihaknya menerima aduan kira-kira 800 pemilik tanah di Pulau...

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

Pengerusi DAP Bersila, Berkongsi Hidangan Berbuka Puasa Di Masjid 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memaklumkan beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemaah dan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd