• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji KM, 10 Exco P.Pinang Dipotong 10 Peratus

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco dipotong 10 peratus berkuat kuasa Jun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang pada Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) semalam selaras dengan keputusan kerajaan persekutuan untuk memotong 10 peratus daripada gaji jemaah menteri.

Beliau berkata kerajaan negeri sememangnya prihatin dan mahu bersama-sama membantu untuk meringankan pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan negara pada ketika ini.

“Justeru itu, pemotongan gaji 10 peratus ketua menteri dan 10 orang anggota MMK akan disalur terus kepada Tabung Harapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu akan berkuat kuasa Jun ini sehingga arahan baharu dikeluarkan untuk memberhentikan potongan itu.

“Kami harap keputusan ini akan dapat membantu meringankan beban hutang kerajaan persekutuan yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Terdahulu, Chow yang juga anggota Parlimen Tanjong turut menyampaikan Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada dua jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan Chan Peng Soon.

Beliau berkata sumbangan kewangan itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas kejayaan mereka pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dari 4 hingga 15 April lepas.

“Insentif ini diperkenal kerajaan negeri pada 2014 bertujuan untuk meningkat, menggalak serta memberi motivasi kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang mewakili negara di sukan-sukan peringkat antarabangsa yang diiktiraf oleh badan induk sukan di Malaysia,” katanya.

Chong Wei menerima insentif keseluruhan RM26,400 selepas memenangi pingat emas perseorangan lelaki dan pingat perak dalam acara berpasukan campuran manakala Peng Soon yang memperoleh pingat gangsa dalam acara beregu campuran dan pingat perak dalam acara berpasukan campuran pula menerima RM5,400. – BERNAMA

Tags: GajiKerajaan Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd