Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Tertua Dan Termuda...

VIENNA - Pertemuan dua hala Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Canselor Republik Austria,...

Kor Ming Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan peletakan jawatannya...

Mangsa Banjir Di Pusat...

KUCHING - Seramai 21 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di satu-satunya pusat...

Sipitang Berpotensi Jadi Satu...

SIPITANG - Sipitang tidak lama lagi akan mempunyai pelan rangka tindakan pembangunannya sendiri...

Doktor Nyanyi, Menari Rap Ketika Bedah Pesakit

PAKAR bedah kosmetik, Dr. Windell Boutte kini berdepan tuntutan saman selepas dia dirakamkan menari sambil menyanyi ketika melakukan pembedahan terhadap pesakitnya di dalam bilik bedah.

Ketika itu, dia sedang menyanyi lagu kumpulan rap OT Genasis sebelum membedah pesakitnya, Icilma Cornelius.

Icilma menjalani pembedahan sedut lemak itu beberapa minggu sebelum melangsungkan perkahwinan dan memperolehi PHD.

Anak Icilma, Ojay Liburd mendakwa ibunya kini mengalami kerosakan otak kekal selepas dibiarkan di atas meja bedah selama lebih lapan jam.

“Dia hanya ingin kelihatan menarik ketika menyarung gaun perkahwinannya. Inilah kali pertama saya melihat ibu saya tidak bermaya,’’ kata Ojay.

Semasa pembedahan, jantung Icilma telah terhenti dan dia kini memerlukan penjagaan rapi untuk seumur hidup.


“Anda tidak boleh merawat pesakit dengan cara yang tidak bermaruah ini,’’ kata peguam yang mewakili Icilma iaitu Susan Witt.

Terdapat lebih 20 video koleksi Windell yang menyanyi dan menari dalam YouTube ketika dia membedah pesakit-pesakitnya.

Windell kini berdepan dengan tujuh tuntutan saman daripada pelanggannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori