PASANGAN, Jep Sepahtu dan Sari Yanti nampaknya tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan wajah bayi perempuan mereka yang selamat dilahirkan, baru-baru ini.
Menerusi salah sebuah entri terbaharu yang dimuat naik Jep dalam akaun sosial Instagram miliknya mendedahkan bahawa nama si comel itu ialah Dariya Inara.
Pada masa sama, penyampai stesen radio Sinar FM itu turut beberapa keping gambar puteri comel itu untuk tatapan para peminat.
“Subhanallah… Dariya Inara 😍😘❤ @sariyanti #AnakAbah,” tulis Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin itu menerusi entri yang dimuat naik beberapa jam lepas.
Perkongsian itu dilihat menerima pelbagai reaksi dan pasangan ini tidak henti-henti dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh ramai netizen.
Malah, tidak kurang juga yang memuji kecomelan anak kecil itu selain mendoakan agar puteri cilik pasangan ini membesar dengan baik dan sihat.
“MashaAllah comelnya… Moga Dariya menjadi anak solehah,” komen @mieamour.
“Subhanallah… Comelnya… Tahniah abang Jep dan kak Sari Yanti,” tulis @ciktehais91.
“Tahniah, @jepsepahtu dan kak @sariyanti, semoga anak dan ibu sentiasa sihat. InShaa-Allah Dariya Inara membesar menjadi anak yang solehah,” ujar cik_ellya pula.

Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara, Selangor.
Difahamkan, ia merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti setelah berpisah dengan bekas suaminya, Mohd. Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dan bekas suami dikurniakan dua orang cahaya iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq. – MYNEWSHUB.CC/AM