SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelawak, Jep (Sepahtu) kini selamat menimang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Sari Yanti.
Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsi oleh Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin menerusi laman Instagram namun tidak pula menyatakan tarikh serta lokasi anak kecil itu dilahirkan.
“Allahuakbar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas ucapan serta doa yang tidak henti-henti buat kami. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Thank you sayang @sariyanti ❤ #BabyGirl #AnakAbah #Abah,” tulis Jep menerusi gambar berkenaan.
Perkongsian yang mendapat lebih daripada 200,000 tanda suka itu dilihat menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Rata-rata antara mereka tidak henti-henti membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini atas kelahiran anak kecil mereka.
Sekali lagi tahniah diucapkan buat Jep dan Sari Yanti atas kelahiran anak kecil yang comel tersebut.
Kami mendoakan agar anak kecil itu menjadi insan solehah sekaligus kehadirannya membawa kebahagiaan di setiap langkah hidup. – MYNEWSHUB.CC/AM