• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan #TsunamiMelayu Sebaliknya #TsunamiPHitnah!

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bukan Tsunami Melayu yang kelihatan sedang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebaliknya Tsunami Fitnah oleh gabungan pembangkang yang berlogokan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada hari penamaan calon beliau dan Calon DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dituduh menghalang calon gabungan pembangkang itu mengemukakan borang penamaan calon.

“Datuk Seri Tiong Lai (pemimpin MCA) pula dituduh tidak bawa kad pengenalan (pada hari penamaan calon).

“Hari ini saya baca Datuk Dr. Asraf Wajdi Dusuki (calon BN Parlimen Pasir Puteh) dituduh memeluk bukan muhrim. Sampai bila kita nak biarkan fitnah ini berleluasa? #TsunamiPHitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P28 Pasir Puteh, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersalam dengan ibunya Datin Nik Nooraini Nik Yahya selepas sah sebagai calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pejabat tanah dan Jajahan Pasir Puteh. – Foto NSTP/SYAMSI SUHAIMI

Penyokong gabungan pembangkang berlogokan PKR iaitu Pakatan Harapan menyebarkan dakwaan di media sosial Calon BN Parlimen Pasir Puteh memeluk perempuan bukan mahram ketika hari penamaan calon.

Asraf Wajdi bagaimanapun dalam satu kenyataan semalam menjelaskan wanita yang beliau peluk itu adalah ibunya, disusuli kakak dan adik-adiknya yang menemaninya ke pusat penamaan calon pada 29 April lalu.

Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan hanya menggunakan logo PKR dalam PRU14.

Langkah itu dipercayai bagi memperdaya pengundi PRU14 khususnya pengundi Melayu beragama Islam yang tidak menyokong DAP dan PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #TsunamiPHitnahfitnahKhairy Jamaluddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

Jep Sepahtu Minta Maaf Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Shuib, Dakwa Bukan Sindiran Tetapi Fitnah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal, Jep Sepahtu memaklumkan bahawa beliau sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib Sepahtu berhubung kenyataan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd