• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biasiswa Pelajar Sabah Dikurangkan Satu Penipuan

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dakwaan pihak pembangkang dalam siri kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mereka bahawa kerajaan negeri Sabah telah mengurangkan peruntukan untuk bantuan biasiswa pelajar adalah satu penipuan.

Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah Datuk Armizan Mohd Ali berkata Sabah adalah antara negeri di Malaysia yang menyediakan peruntukan biasiswa yang tertinggi.

Malah, beliau berkata komitmen kerajaan negeri dalam aspek penyediaan peruntukan terhadap pembangunan pendidikan rakyat di Sabah ini sentiasa meningkat saban tahun.

“Sebagai contoh, bagi tahun semasa 2018 sahaja, kerajaan negeri Sabah dan agensinya telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 71.7 juta untuk sumbangan biasiswa dan dermasiswa. Jumlah ini tidak termasuk dana pendidikan dalam bentuk pinjaman, program pembangunan pelajar dan infrastruktur.

“Kita berharap warga Sabah, khususnya generasi muda tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang jelas adalah propaganda politik dan tidak bersandarkan kepada fakta,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Armizan berkata kerajaan di bawah pentadbiran BN sentiasa memahami dan mendengar aspirasi generasi muda, antaranya, resolusi Kolokium Manifesto Orang Muda anjuran Pemuda BN Sabah pada 17 Jan lalu yang menyeru kerajaan pusat dan kerajaan negeri meningkatkan dana pembangunan pendidikan dan latihan orang muda.

“Kita bersyukur kerana di peringkat negeri, Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman telah mengumumkan komitmen untuk menambah peruntukan biasiswa dan dermasiswa yang menjadi salah satu teras Agenda Melonjakkan Pembangunan Modal Insan dalam Manifesto 20 Komitmen BN Sabah bagi PRU14.

“Kita yakin berdasarkan ‘track record’ dan kedudukan kukuh kewangan dan pendapatan negeri, komitmen ini akan dilaksanakan sebaik sahaja BN mendapat mandat baharu daripada masyarakat Sabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Armizan Mohd AliPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj Faedah Tersembunyi, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 Berkuat Kuasa Esok

Tiada Lagi Caj Faedah Tersembunyi, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 Berkuat Kuasa Esok

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengguna yang membeli kenderaan menerusi pembiayaan sewa beli bakal menikmati sistem pinjaman yang lebih telus dan adil...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd