• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Kerja Sebulan, Rompak RM2.5 Juta Duit Syarikat

oleh
15/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki baru bekerja sebulan berjawatan pengurus syarikat umpama musuh dalam selimut apabila merompak RM2.5 juta duit syarikat miliknya dengan bersenjata hari ini di Gombak.

Lapor Harian Metro, suspek yang berusia 38 tahun telah merompak di bilik kebal syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang sekitar jam 3 pagi.

Menurut seorang kakitangan syarikat kawalan keselamatan berkata, suspek mahu menumpang tidur di pejabat itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan, suspek dilihat keluar pada jam 12 tengah malam sebelum masuk semula ke premis berkenaan jam 2 pagi.

“Pada jam 3 pagi, tiga pengawal keselamatan yang bertugas dikejutkan lelaki berkenaan yang memaklumkan bilik kebal tidak berkunci.

“Kemudian, dia berlari ke bilik kebal berkenaan yang terletak di tingkat atas bangunan sambil membawa senapang. Suspek mengacu senapang di belakang badan tiga pengawal keselamatan terbabit sebelum mengurung mereka di bilik berhampiran,” katanya.

Syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang dirompak.

Suspek telah masuk ke dalam bilik kebal dan memasukkan sejumlah wang tunai sebanyak RM2.5 juta ke dalam begnya.

Selepas mengaut wang tersebut yang mengambil masa kira-kira 20 minit, dia telah melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Pengawal keselamatan yang dikurung memaklumkan suspek sempat memberitahu dia bertindak demikian atas masalah wang dan keluarga selepas bercerai dengan pasangannya.

Senapang yang dirampas suspek dari pengawal keselamatan telah ditinggalkan di bilik kebal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kejadian itu didalangi orang dalam. Usaha memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan serta samun bersenjata,” ujarya.

Semua wang rompakan dipercayai telah dikumpulkan dari pelbagai syarikat dan agensi sejak 8 Mei lalu dan bakal dimasukkan ke dalam bank. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: duitSuspeksyarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd