• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Aduan, Mufti Jemput Faiz Roslan Datang Pejabat

oleh
30/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT perbuatan melampau seorang instafamous, Faiz Roslan yang dengan tanpa rasa serba salah mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadan, hal itu telah mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

SALAH SATU VIDEO PARODI FAIZ DAN RAKAN-RAKAN.

Kini, Mufti Wilayah itu telah membuat satu surat terbuka untuk ditujukan kepada Faiz serta turut menjemput dia bersama rakan-rakannya untuk berjumpa dengannya di pejabat Mufti Wilayah.

“Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempoh hari dan berbincang dengan baik.

“Saya dengan penuh hati dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya,” tulisnya dalam posting baharunya di media sosial.

Sebelum ini, Faiz dan rakan-rakannya telah banyak kali membuat video parodi dengan berpakaian seperti seorang wanita.

Namun, perkara itu bertambah serius selepas mereka memuatnaik video baru pada 1 Ramadan lalu seterusnya telah menaikkan kemarahan masyarakat umum.

Bukan sahaja dicemuh oleh masyarakat, perbuatan itu turut dikutuk sekerasnya oleh ramai selebriti tempatan serta pendakwah di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/BjXErSFHIAC/?taken-by=fedtriyahya

https://www.instagram.com/p/BjWuiiUBkAG/?taken-by=khiriah17

Malah, mereka turut dijemput ke program Motif Viral untuk ditemukan bersama pendakwah Dai’e Wan Dazrin kerena beliau sudah beberapa kali menasihatai mereka supaya tidak mengulangi lagi perkara terkutuk itu tetapi hasilnya tetap sama.

Sayang seribu kali sayang… Semalam, Faiz dengan tanpa rasa segan silu telah mengakui bahawa dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa di bulan Ramadan hanya kerana alasan tidak menunaikan solat lima waktu.

VIDEO PARODI LAGU SYANTIK FAIZ DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKECAM HEBAT OLEH RAMAI ORANG AKIBAT PEMAKAIAN MEREKA SEPERTI WANITA.

Katanya, jika dia berpuasa, dia hanya menyiksa dirinya dengan menahan lapar sahaja serta pengakuannya itu turut bagaikan menjatuhkan agama Islam.

Disebabkan berang dengan perkara itu, banyak pihak turut memohon agar pihak mufti mengambil tindakan terhadapnya.

Tetapi menurut Zulkifli, tindakan undang-undang yang ingin diambil adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

FAIZ DAN RAKAN-RAKAN KETIKA MENGHADIRI SESI TEMU BUAL BAGI RANCANGAN MOTIF VIRAL.

“Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan.

“Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,” tulisnya lagi.

Kini, akaun Instagram milik Faiz sudah tidak dapat diakses kemungkinan akibat telah dihapuskan oleh pihak Instagram atau dia sendiri telah menyahaktifkan akaunnya akibat desakan banyak pihak. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: faiz roslanMUFTI WILAYAHNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Potong Gaji: Tiada Perancangan Setakat Ini

Next Post

Ramai Bimbang Kerajaan Gadai Maruah UiTM

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Ramai Bimbang Kerajaan Gadai Maruah UiTM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd