• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Faizal Mulakan Tugas Sebagai MB Perak

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ahmad Faizal Azumu hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Besar Perak yang baharu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ketibaan Ahmad Faizal berpakaian sut hitam dan bertali leher merah pada 8 pagi disambut pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Turut mengiringi beliau adalah Pegawai Kewangan Negeri yang menanggung kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal serta barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH Perak itu kemudiannya mendengar taklimat daripada Ghazali mengenai pejabat menteri besar.

Ahmad Faizal, 48, merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menggantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM mendapat 29 daripada 59 kerusi DUN, manakala Barisan Nasional 27 dan PAS (tiga).

Keputusan itu menyaksikan tiada mana-mana parti mendapat majoriti mudah 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, namun kemelut tersebut berakhir Sabtu lepas selepas dua ADUN BN memilih untuk menyertai PH sekali gus membolehkan pakatan itu mendapat 31 kerusi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal AzumuPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd