• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Guru Minta Maaf Lepas Lempang Pelajar?

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG guru tampil memohon maaf di laman sosial selepas mencetuskan kontroversi menampar sembilan orang pelajarnya yang hanya lewat 30 minit masuk ke kelas di sebuah sekolah di Jawa Tengah, Indonesia.

Lapor Tribun News, Lukman Septiadi, 27 tahun, memuat naik video bagi memberi penjelasan berkenaan tindakannya itu dan mengumpulkan kesemua sembilan orang murid yang ditampar di dalam sebuah bilik.

Rakaman berdurasi empat minit 30 saat tersebut menyaksikan Lukman mengaku atas dakwaan itu dan menunjukkan pelajar-pelajar itu berada bersamanya tanpa menyebut nama.

“Saya tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa sebab malah saya juga faham jika mereka mempunyai rasa dendam atas tindakan itu,” kata guru di Sekolah Menenghah Kejuruan (SMK) Kesatri Odi Kota Purwokerto itu.

Menurutnya lagi, mungkin dia seorang yang menakutkan tetapi apabila ditanya sama ada mereka rasa dibuli dan dianiaya, pelajar-pelajar tersebut menjawab tidak.

Guru mata pelajaran Teknik Rangkaian Komputer itu turut meminta maaf atas tindakannya serta kesembilan pelajar tersebut juga telah memaafkannya.

“Dengan hati yang tulus, saya meminta maaf jika saya telah menyakitkan hati kamu semua. Adakah kalian menerima maaf saya?” tambahnya dalam rakaman itu.

Dalam pada itu, rakaman tular berdurasi 40 saat itu dirakam oleh salah seorang rakan sekelas mereka sebelum disebarkan menerusi laman Facebook.

Merujuk laporan media tempatan, kesembilan pelajar berkenaan lewat masuk ke kelas kerana sarapan di kantin sekolah.

Namun rakaman itu menyaksikan guru tersebut mengusap pipi seorang pelajar sebelum menampar sekuat-kuatnya sehingga pelajar berkenaan terhuyung-hayang.

Rata-rata netizen juga berpendapat walau apa pun alasan yang diberikan tindakn menampar pada bahagian muka pelajar terbabit adalah tindakan keterlaluan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DeraGuruIndonesiaTampar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd