• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Van Dijk Simpan Rahsia ‘Tumbangkan’ Salah

oleh Ahmad Albab
03/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk percaya Mohamed Salah berupaya mengatasi mana-mana pemain pertahanan lain di Eropah.

Pada Rabu ini, Manchester City akan bertandang ke Anfield bagi siri pertama suku akhir kejohanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool.

Salah dijangka membuat serangan berbisa menentang City yang mana ketika ini dia sudah menjaringkan 37 gol dalam semua perlawanan musim ini.

Pencapaian ini menyebabkan Van Dijk percaya bintang kelahiran Mesir itu sukar untuk ditumbangkan.

Ketika diajukan mengenai ancaman Salah terhadap pasukan mereka, Van Dijk berkata, “Semua orang tahu jawapannya.

“Dia adalah pemain yang hebat, dia bermain 100 peratus dan boleh atasi sesiapa sahaja.

“Tapi sudah tentu ada cara untuk menumpaskannya. Saya tak nak cakap pasal hal ini, nanti pihak lawan tahu pula,” ujar Van Dijk.

Dalam pada itu, Salah dijangka memberi saingan sengit kepada pemain tengah City, Kevin De Bruyne dalam anugerah Professional Footballers Association Players ‘Player of the Year’ penghujung musim ini.

Walaupun kehebatan Salah tidak dapat disangkal lagi, Van Dijk percaya kejayaan pemain itu banyak dibantu ahli pasukannya.

“Dia sangat hebat dan bekerja keras, sama seperti ahli pasukannya yang lain.

“Apabila berada dalam satu pasukan, semua sama sahaja. Tiada siapa yang rasa dia lagi hebat.

“Semua bekerja untuk satu misi sama iaitu untuk memberi kemenangan pada pasukan. Semua perlu beri yang terbaik,” ujar Van Dijk. – Metro.uk/mStar Online

Tags: LiverpoolManchester CityMohamed Salah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd