• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Lahir Masyarakat Quranik Bukan Retorik

oleh AK-47
07/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha kerajaan melahirkan masyarakat quranik atau berminda al-Quran adalah agenda yang berkesinambungan dan bukan suatu retorik.

Timbalan Perdana Menteri berkata usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri, , antaranya menyuburkan budaya mencintai kitab suci umat Islam dengan penganjuran pertandingan tilawah dan menghafaz al-Quran.

“Pewujudan pusat pendidikan berteraskan agama seperti sekolah tahfiz adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan budaya mencintai al-Quran dalamkalangan masyarakat.

“Kita percaya golongan quranik yang dibentuk dalam kalangan masyarakat mampu menjadi pencetus perubahan yang akhirnya membentuk penyatuan ummah dalamkalangan masyarakat berbilang agama di negara ini,” katanya ketika berucap pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-61 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya Datin Seri Fatmawati Saidin dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Ahmad Zahid berkata kejayaan menganjurkan tilawah al-Quran yang kini memasuki edisi ke-61 juga merupakan antara bukti komitmen kerajaan dalam membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata pendekatan al-Quran merupakan salah satu medium yang dapat menjana sistem hidup yang syumul dan generasi masa yang mampu mendepani cabaran dalam segala aspek kehidupan.

Bagaimanapun, usaha ini tetap memerlukan sokongan dan dorongan semua pihak selaras dengan kebaikan yang dibawa al-Quran itu sendiri, katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan aplikasi ‘Smart Quran’ yang merupakan kerjasama pintar Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Aplikasi tersebut yang boleh dimuat turun secara percuma melalui perisian IOS dan Android merupakan yang pertama diperakukan oleh Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran, KDN, setelah disemak oleh Jawatankuasa Penyemak dan Penilai Teks al-Quran (Lajnah Tasheh al-Quran) KDN.

Pembangunan aplikasi itu bertujuan memberi penyelesaian kepada isu lambada aplikasi al-Quran di pasaran yang tidak disemak dan tidak mendapat perakuan daripada pihak berkuasa di negara ini.

Dalam pada itu, qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly diumumkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd