• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Sekadar Dicabar Calon PAS, PKR Sahaja

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal ditentang dua calon pembangkang dari PAS dan PKR selepas Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin gagal berbuat demikian kerana kes muflis.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri disahkan akan dicabar oleh wakil PAS, Ata Abdul Muneim Hassan Adli dan calon PKR, Pakhrurrazi Arshad pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyerahkan borang di pusat penamaan di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Beliau tiba di dewan berkenaan pada 8.40 pagi bersama-sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon kerusi DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.

Terdahulu, ketiga-tiga mereka yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong, berarak dari tapak pembinaan Teedo Resort di sini pada 8.30 pagi menuju ke pusat penamaan calon berkenaan.

Ketika berucap di hadapan penyokong, Ahmad Zahid meminta pengundi di kawasan itu agar terus memberi mandat kepada BN bagi membolehkan parti berkenaan meneruskan kesinambungan pembangunan.

Ahmad Zahid menyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk sejak 1995. Pada PRU ke-13 lepas, beliau terus menang dengan meraih majoriti 2,108 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd