• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Keputusan Kuantan FA Liga Premier Dibatalkan

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memutuskan semua keputusan perlawanan Liga Premier 2018 yang membabitkan pasukan Kuantan FA dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Media MFL hari ini, keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada keputusan Lembaga Pengarah MFL yang menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Premier 2018 pada 20 April lepas.

“Ini bermakna jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang telah berlangsung membabitkan Kuantan FA tidak akan dikira. Jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan akan dikira sebagai kosong (0).

“Kuantan FA telah bermain daripada perlawanan LP1 sehingga LP7. Pasukan yang telah bertemu Kuantan FA ini adalah pasukan Sarawak, MIFA, UiTM FC, UKM FC, Felda United FC, Pulau Pinang dan PDRM,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi kesalahan Organisasi Teknikal Pertandingan (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpulan kad kuning dan perintah keluar padang atau kad merah adalah dikekalkan dan berkuat kuasa seperti biasa.

Pasukan Kuantan FA akan dikeluarkan daripada senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga.

Ini bermakna, hanya 11 pasukan sahaja yang akan bertanding sehingga penghujung musim 2018. – BERNAMA

Tags: Kuantan FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Kuantan FA Tetap Pamer Aksi Cemerlang

10/03/2018
0

MARAN - Ketua jurulatih Felda United, B. Satiananthan berasa kagum dengan aksi bertenaga dipamerkan pasukan Kuantan FA meskipun skuad kendaliannya...

Kuantan FA Diarah Bayar Tunggakan Gaji Pemain

22/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) untuk melunaskan tunggakan gaji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd