• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuantan FA Diarah Bayar Tunggakan Gaji Pemain

oleh AK-47
22/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) untuk melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM145,250 kepada enam pemain pasukan itu sebelum 15 Jan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Status FAM kali ketiga penggal 2017-2021, yang dipengerusikan Naib Presiden FAM Mohd Joehari Ayub, semalam.

Kuantan FA perlu membayar tunggakan RM36,100 kepada Amirullah Abd Razab; Mohd Shafiq Mat Isa (RM36,000); Muhammad Nur Zhafri Zaini (RM27,800); Nabilah Khan Razali (RM26,600); Mohd Fiqri Mohd Abdullah (RM11,250) dan Mohd Hasmie Aziz (RM7,500).

“Jika Kuantan FA gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) diarah membayar pampasan gaji RM60,000 kepada K. Thanaraj dan RM58,000 kepada Mohd Iqbal Mohd Suhimi dalam tempoh 30 hari akibat penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Jawatankuasa itu turut membuat keputusan Kelab Bola Sepak Felcra (Felcra FC) harus membayar pampasan gaji RM65,000 kepada Azi Shahril Azmi dalam 30 hari kerana penamatan kontrak secara sebelah pihak, manakala Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dikehendaki membayar tunggakan gaji RM6,000 dalam tempoh 14 hari kepada Muhammad Elfie Elyaz Harizam.

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM72,000 dan tunggakan elaun perumahan RM9,000 dalam masa 30 hari kepada bekas pemainnya, Razi Effendi Suhit.

Sementara itu, tuntutan gaji yang dikemukakan empat pemain Kelab Bola Sepak DYS – Zainizam Marjan, Mohd Reithudin Ag Emran, Razid Gafar dan Mohd June Azrul Lalah terhadap kelab itu, ditolak sepenuhnya jawatankuasa berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kuantan FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Keputusan Kuantan FA Liga Premier Dibatalkan

27/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memutuskan semua keputusan perlawanan Liga Premier 2018 yang membabitkan pasukan...

Pemain Kuantan FA Tetap Pamer Aksi Cemerlang

10/03/2018
0

MARAN - Ketua jurulatih Felda United, B. Satiananthan berasa kagum dengan aksi bertenaga dipamerkan pasukan Kuantan FA meskipun skuad kendaliannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd