• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salma Sedih Suami Dilempar Tohmahan Negatif

oleh Haris
30/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH suaminya dihukum penjara selama 14 hari pada 20 April lalu, penyanyi, Salma Asis mengakui keputusan mahkamah itu telah meninggalkan kesan hitam terhadap hidup mereka sekeluarga.

Jelas Salma, perkara itu telah menyebabkan suaminya, Mohammad Azri Abdullah yang juga seorang penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia 9 dilemparkan pelbagai kecaman dan tohmahan.

Malah, ruangan komen laman Instagramnya juga dipenuhi dengan kecaman netizen terhadap suaminya dengan mengatakan Azri sebagai seorang bapa tiri yang kejam.

Azri AF Didakwa Celup Tangan Anak Dalam Air Panas

“Walaupun hanya 14 hari, tapi nama suami dah ‘busuk’. Malah, ketika berita mengenainya disiarkan ruangan komen di laman Instagram saya dibanjiri dengan komen keterlaluan.

“Mereka yang tidak kenal secara peribadi memberikan komen negatif sedangkan keluarga dan kenalan rapat sangat tidak bersetuju dengan persepsi masyarakat terhadap suami saya,” katanya dipetik Harian Metro Online.

Tambah Salma, persepsi negatif masyarakat terhadap suaminya itu turut membuatnya berkecil hati memandangkan dia tahu sifat sebenar Azri.

Penyanyi yang popular dengan lagu Akhirnya Cinta itu juga meminta mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar untuk berhenti melemparkan tohmahan yang tidak elok kepada suaminya itu.

“Orang luar yang tidak tahu cerita sebenar pula bersikap lebih. Jadi, berhenti untuk bercakap sesuatu yang tidak baik. Saya bukan bodoh nak bersuamikan kaki pukul apatah lagi dera anak sendiri.

“Bagi saya, kalau tidak ada yang baik untuk diperkatakan, bagus diam. Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam,” ujarnya lagi.

Melalui waktu yang sukar itu, Salma pada mulanya tidak mahu keluar bekerja namun selepas mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan, pemenang program 3 Juara itu kini lebih bersemangat untuk bekerja.

Tambahnya, dia menganggap perkara yang berlaku terhadap dirinya itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri memandangkan kini dia perlu menguruskan semua perkara sendiri menjadikan dia lebih berdikari.

“Kalau ikutkan, saya nak duduk rumah saja. Tapi, menyanyi adalah punca pendapatan saya. Jadi, saya perlu untuk keluar bekerja.

“Jika sebelum ini suami banyak membantu dengan menguruskan keluarga dan anak, sekarang saya buat sendiri. Saya anggap ada hikmah di sebalik yang berlaku.

“Alhamdulillah, undangan menjayakan persembahan juga tidak pernah putus. Doakan yang terbaik untuk suami dan keluarga saya,” katanya.

Bagaimanapun, pada masa sama, Salma berkata ketiadaan Azri juga memberikan kesan kepada anaknya yang rapat dengan bapa mereka itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Azri dijatuhkan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah mendera anak tirinya yang merupakan anak Salma dalam perkahwinan terdahulu.

Azri dikatakan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas dalam satu kejadian kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Azri menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes itu sepatutnya berlangsung. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Azri AFPenjarasalma
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd