• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Nong Chik Bidas Dakwaan Fahmi Fadzil

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas dakwaan beliau gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 2009 hingga 2012.

Beliau berkata dakwaan yang dilemparkan oleh calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang mempersoalkan sumbangannya adalah tidak berasas.

“Dia tidak tahu apa sejarah Kuala Lumpur dan tidak tahu apa yang saya sudah laksanakan khususnya di kawasan Lembah pantai.

“Saya boleh senaraikan satu persatu inisitif yang sudah dilaksanakan, sampai orang menggelarkan saya Menteri Lembah Pantai. Jadi apa cerita kata saya tidak buat apa-apa di sini?” katanya kepada pemberita ketika sesi lawatan bersama Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin di Taman Lucky, Bangsar, di sini hari ini.

Terdahulu, hari ini dalam satu sidang media, Ahmad Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR antara lain mendakwa, tindakan Raja Nong Chik tidak mewartakan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 telah menyebabkan berlaku banyak isu pembangunan di bandar raya itu.

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 yang dilancarkan pada Mei 2008 dan dijadual untuk diwartakan pada 1 Julai 2012, telah ditangguhkan bagi menambah baik pelan pembangunan itu susulan pembangunan dan perubahan ekonomi pesat di luar jangkaan kebelakangan ini.

Raja Nong Chik dicalonkan semula bertanding di Parlimen itu selepas tewas kepada penyandang, Nurul Izzah Anwar (PKR) dengan majoriti tipis 1,847 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pada PRU14 , Parlimen Lembah Pantai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan BN, Raja Nong Chik menentang Ahmad Fahmi (PKR) dan calon PAS, Fauzi Abu Bakar. – BERNAMA

Tags: Fahmi FadzilRaja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

03/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd