• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetap Kerja Keras Walaupun BN Diramal Menang Selesa

oleh AK-47
12/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jentera Barisan Nasional (BN) akan tetap bekerja keras untuk meraih kemenangan yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) walaupun terdapat ramalan bahawa parti itu mampu menang selesa, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata sekalipun analisis dilihat berpihak kepada BN namun kempen dan usaha parti itu akan diteruskan seperti biasa terutamanya dalam mendekati dan memberi khidmat kepada rakyat.

Menurut Oxford Economics, berdasarkan manifesto yang memberi fokus usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang dijanjikan BN, pihaknya menjangkakan parti itu mampu memperoleh kemenangan selesa pada PRU14 nanti yang dijadualkan pada 9 Mei.

“Itu (Oxford Economics) punya analisa, kita tetap kena bekerja kuat. Tidak boleh alpa,” katanya kepada media selepas merasmikan pengoperasian Stesen Shell Presint 18 yang dibina atas tanah milikan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (Koprojaya) di sini hari ini.

Sebagai parti yang mementingkan kebajikan rakyat, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada BN.

“Kami telah mencapai dan merealisasikan 99.4 peratus daripada Aku Janji PRU13 sebelum ini dan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan manifesto untuk PRU14, kita dapat lihat ia adalah manifesto untuk semua,” katanya.

Mengenai manifesto BN untuk Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan berkata ia akan dilancarkan pada hari yang sama ketika penamaan calon diumumkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku MansorPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd